Nuffnang

Friday, September 14, 2012

Daiso...

Post kali ini nak cerita pasal kedai jepun DAISO. Apa dia daiso tu???

Haaa Daiso ni kedai francais jepun yang amat terkenal di jepun, di mana semua barang dia dijual dengan harga 100 yen (di jepun la). Kalau ikut pak cik google, 100 Japanese yen = RM 3.89 ja tapi di Malaysia dia jual RM 5.00 satu barang. Nak untung lebih la tu, hehehe. X daklah, mesti ada tax atau charges lain kan, barang imported katakan. Fikir positif.

Anyway, yang menariknya, dalam kedai tu ada banyak la barang, wikipedia kata lebih 100,000 barang tu. Huiyo, apa barang yang ada dalam tu? Ha, tu la pak cik nak cerita ni. Dalam kedai daiso ni ada barang - barang yang kadang - kadang tak mampu kita fikir untuk selesaikan masalah. Contohnya macam Fridge extra Holder Deep ni:


Apa guna dia? Oh senang ja untuk siapa yang faham bahasa inggeris sebab nama dia pun ada perkataan fridge kan. So letak dalam peti ais la. Kita gantung kat poket2 di pintu peti sejuk maka kita boleh la letakkan macam2 benda lagi kan, contoh dalam gambar kat bawah ni kiub ayam, sos paket dan lain - lain lagi.


Baguskan untuk organize peti ais kita. Actually banyak lagi barang - barang yang boleh digunakan untuk organizing rumah. Kalau ada masa saya akan post lagi mengenai barang - barang di daiso yang boleh membantu kita susun atur rumah kita. Yang penting daiso akan menjadi destinasi wajib saya jika ke queensbay mall, penang. Hehehe.

Terima kepada isteri saya yang terchinta kerana memperkenalkan kedai daiso ni kepada saya.

Jom organize peti ais kita.

Bye.

izw

Saturday, September 8, 2012

Akibat tak label barang



Hahaha.

Kan bagus kalau label barang kita.

Jom organize.

izw

Saturday, September 1, 2012

Jom melabel menggunakan Dymo

Untuk organize rumah, kadang - kadang kita memerlukan peralatan atau tools yang sesuai. Untuk memperkenalkan tool yang pertama ni kami gunakan Dymo Digital Personal Label Maker Plus.
Ia amat memudahkan kami untuk melabel Tupperware yang diisi dengan pelbagai jenis makanan dan memudahkan kami mencari makanan dengan mudah. Anda mesti susah nak cari barang - barang kalau tak label kan? Yup sekarang saya lebih mudah mencari barang yang disimpan oleh isteri saya :-)
Contoh label yang kami buat:
Label ni tampal kat tupperware yang ada barang tu. Mudahkan. Ia sangat memudahkan kerja melabel juga la. Nak label tarikh luput pun boleh. Nak tanggalkan pun tak la susah sangat.

Boleh cuba ya alat ni. Selamat mencuba.

izw


Tuesday, August 28, 2012

How I Organize My Pantry

Before:













After:













Actually gambar sebelum decluttered terlupa snap.So, 1st picture tue after decluttered sebenarnya. Anyway, 2nd picture is more organised, kan? Next project will be labelling the baskets.

Happy organizing!!

izz

Thursday, August 16, 2012

Most Organized Home in America

Wow, ada most organized home in America, hmm kalau kat malaysia rumah sapa la ya. Kalau nak jadi rumah macam ni memang kena usaha banyak lagi la. Jom tengok...



Teabag organizer, time management, magazine rack... Hmmm, very interesting untuk di apply kat rumah dan pejabat. Jom sama - sama cuba. ;-)

Di kesempatan ini juga nak ucap Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin kepada semua pembaca sekalian.

Daa...

Monday, July 2, 2012

4 Langkah Mudah Untuk Mula Susun Atur Rumah

1. Asingkan
Asingkan barang - barang anda dari masa ke semasa contohnya perkara untuk dibuang, diberikan kepada orang lain, jual atau simpan. Barang - barang lama anda mungkin boleh menggembirakan orang lain atau dapat memberikan pertambahan kepada pendapatan anda.

2. Carikan tempat
Buat keputusan di mana anda mahu semua barang - barang kepunyaan anda. Ingat bahawa lebih mudah bagi anda untuk menyimpan barang - barang ditempat ianya diguna.

3. Wujudkan inventori
Inventori akan membantu anda dalam menyusun dan pengiraan mengikut keadaan rumah kita. Berapa luas ruang yang diperluka?. Berapa luas ruang yang ada? 

4. Pilih
Pilih cara penyimpanan yang sesuai dengan mengambilkira luas kawasan yang ada, sifat - sifat anda.

Tuesday, June 26, 2012

Projek akan datang...

Projek akan datang ialah akan melabel semua charger pulak. Dan semua charger akan diletakkan dalam satu tempat. Hmmm, nak letak dalam apa ya?


 source: http://justsomethingimade.com, pinterest.com

http://susunaturrumah.blogspot.com/

Monday, June 25, 2012

label cords with bread tags

Ini gambar dari pinterest.com menunjukkan tag roti dengan lebih jelas. Simple ja kan.

sumber: http://pinterest.com

i like :-)

Saturday, June 23, 2012

Label kepala plug

Kita mula susun atur kita dengan organize wayar - wayar dalam rumah kita. Kalau kita tengok kepala plug untuk sebahagian barangan elektrik sama ja kepala dia. Pastu kalau kita nak pasang ke plug kat dinding tu, terpaksa la kita cari punca, supaya kita tak salah cucuk kepala plug alatan elektrik yang lain.


Kita labelkan saja kepala2 plug tu, betul tak. Tapi kalau nak cantik ada orang tu siap nak taip dalam microsoft word, gunting, laminate, gunting lagi baru nak jadi label, so bayangkan berapa lama la nak ambik masa untuk buat satu label.



Penyelesaiannya senang saja, idea ni saya ambil dari pinterest, di mana,korang mesti biasa makan roti kan, ala roti putih yang sapu dengan jam tu, roti gardenia @ high 5 tu. Korang mesti buang dia punya pengikat roti tu kan. Haaaa, jangan buang ya kawan - kawan. Kita boleh guna untuk jadikan label kepala plug ni, sebab kita boleh selitkan pengikat roti ni kat kepala wayar dan tuliskan label kat pengikat roti tu. Tada.... dah siap label wayar. Nak lagi senang, ambik pengikat roti yang berwarna warni supaya senang kita bezakan kepala plug ini.

Selamat mencuba. :-)

susunaturrumah.blogspot.com

Selamat datang ke blog ini

Salam dan selamat datang ke blog susunaturrumah.blogspot.com. Blog ni direka untuk berkongsi dengan semua pembaca untuk menyusun dan mengatur rumah kita supaya lebih teratur dan tersusun. Sebabnya ini adalah azam kami bagi tahun 2012 ni, supaya menjadi lebih organize. Kata orang tu 'sharing is caring' jadi diblog ni boleh la bincang macammana nak organize rumah kita dengan lebih berkesan. Tak salah mencuba, jomlah kita organize sama - sama. :-)